Kenali Tok Uban...

Kampung To’ Uban terletak di Mukim Kangkong, di bawah Jajahan Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Penduduk kampung To’ Uban adalah seramai 1,900 orang dan masa perjalanan ke kampung ini lebih kurang 20 minit dari Bandar Pasir Mas. Menurut Tok Penggawa iaitu Mat Junuh Seman, Kampung To’ Uban dibuka oleh seorang pahlawan ilmu batin yang berasal dari Kemboja. Ketika perang saudara berlaku di Siam pada sekitar tahun 1900, beliau melarikan diri ke Pengkalan Chepa dan menetap di Kampung But, Ketereh. Kemudian beliau mengusahakan tanah untuk bercucuk tanam dan membina sebuah surau. Beliau juga dikenali sebagai Tok Uban kerana rambutnya penuh beruban. Akhirnya penduduk di sini menamakan kampung yang baru dibuka sebagai Kampung To’ Uban bersempena nama gelaran peneroka awalnya.
No posts.
No posts.